Saturday, August 9, 2014

Lelaki Ini tumbuh gigi di dalam hidungnya

9/8/14

 Pria Saudi tumbuh gigi di dalam hidungnya
  ©Daily Mail. Lelaki 22 tahun asal Arab Saudi menderita mimisan terus menerus setidaknya sekali dalam tiap bulan.

Doktor kemudian menemukan sebatang gigi berukuran panjang satu sentimeter tumbuh di dalam hidung lelaki itu.

Setelah disahkan ke doktor gigi akhirnya dinyatakan yang tumbuh di dalam hidung lelaki itu memang benar sebatang gigi. Doktor juga mengatakan yang membuat hidung lelaki itu kerap mimisan memang gigi itu, seperti dilansir surat khabar the Daily Mail, Jumaat (8/8).

Menurut ilmu kedoktoran gigi yang tumbuh di saluran pernafasan hidung bahagian dalam itu memang boleh  menyebabkan pendarahan.

Penemuan sebuah gigi di bahagian hidung lelaki itu termasuk mengejutkan kerana dia memiliki susunan gigi yang cukup baik selama ini di mulutnya.

Untuk mengatasi mimisannya akhirnya doktor di Rumah Sakit Raja Fahd di Dhahran menjalankan pembedahan membuang gigi itu.

Menurut Jurnal kes Amerika, tiga bulan kemudian hidung lelaki itu telah sembuh dan mimisannya sudah berhenti.

"Ini termasuk kes pertumbuhan gigi yang aneh dan tidak lazim. Saya belum pernah menemukan gigi tumbuh di hidung sampai saat ini," kata Dr John Hellstein, profesor di Universiti Iowa, Amerika Syarikat. merdeka.com

No comments:

Post a Comment