KUALA LUMPUR:
Penangkapan secara sewenang-wenang dan pendakwaan terpilih yang semakin
kerap terhadap pimpinan Pakatan Rakyat, termasuk Ahli Parlimen (MP) dan
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), menjelang sambutan ulang tahun
Merdeka ke-57 pada 31 Ogos ini, menandakan lahirnya Despotisme Baru
dalam landskap politik Malaysia.
Pada hari ini sahaja dua orang pemimpin Pakatan Rakyat diheret ke mahkamah untuk berhadapan dengan dakwaan jenayah, iaitu Naib Presiden PKR dan MP Pandan Rafizi Ramli serta MP PKR Padang Serai N Surendran.
Rafizi didakwa dengan tuduhan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana membuat kenyataan ‘fitnah dan provokasi’ terhadap ahli Umno, manakala Surendran dikenakan dakwaan di bawah Akta Hasutan berhubung dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perbicaraan liwat 2 – dakwaan di bawah Akta Hasutan kedua yang dikenakan terhadap Surendran dalam masa 10 hari.
Dalam sepuluh hari terakhir ini juga seorang MP Pakatan yang lain dan dua Adun diheret ke mahkamah.
MP PAS Shah Alam, Khalid Samad dan Adun DAP Seri Delima RSN Rayer didakwa di bawah Akta Hasutan, manakala Adun PAS Changkat Jering, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin didakwa dengan fitnah jenayah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
MP Pakatan lain yang sedang dibicarakan di bawah Akta Hasutan termasuk MP DAP Seputeh Teresa Kok dan MP PKR Batu Tian Chua.
Menurut Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, jika kerajaan Barisan Nasional berjaya bukan sekadar menyabitkan, malah dengan hukuman denda lebih RM2,000 dan penjara setahun yang membatalkan kelayakan sebagai wakil rakyat, ia bermakna lima Pilihan raya Kecil (PRK) peringkat Parlimen bakal diadakan iaitu Seputeh, Batu, Pandan, Padang Serai dan Shah Alam dan dua PRK peringkat Dun - Seri Delima dan Changkat Jering.
"Jika kita menyertakan kemungkinan PRK di Permatang Pauh, iaitu kalau Anwar gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan pada 28 dan 29 Oktober ini, maka kita melihat kepada kemungkinan besar 6 PRK peringkat Parlimen yang berpunca daripada siri terbaru tangkapan dan pendakwaan terhadap pimpinan Pakatan," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah dalam satu kenyataan. - HARAKAHDAILY 28/8/2014

No comments:
Post a Comment