DAP Perak membidas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang
menyifatkan suntikan dana RM6 bilion oleh Khazanah ke dalam Sistem
Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai satu bentuk pelaburan.
"Tiada rakyat Malaysia yang percaya apabila Najib menyifatkan suntikan RM6 bilion itu sebagai satu pelaburan dan bukan langkah menyelamat.
"Kenapa seorang pelabur yang waras mahu melabur dalam syarikat yang sudah kerugian RM4.3 bilion dalam masa tiga tahun lalu," kata ketua biro pembangunan ekonomi DAP, Ching Zhemin dalam kenyataannya.
Menurut Chong, jelas bahawa kerajaan cuba menyelamatkan MAS dan tidak membenarkannya untuk memfailkan kebankrapan seperti yang biasa dilakukan syarikat lain dalam situasi sama.
Beliau turut mengkritik cadangan MAS untuk memudahkan perpindahan kakitangan dan menyemak semula kontrak kakitangannya.
Menurut Chong, tindakan seperti itu, termasuk perlindungan dari segi legislatif ke tas MAS hanya boleh dibuat sekiranya syarikat tersebut memfailkan notis kebankrapan di bawah Seksyen 176 Akta Syarikat 1965.
Menurut Chong, MAS masih boleh beroperasi di bawah pengurusan syarikat baru menggunakan nama yang sama sekiranya Suruhanjaya Syarikat Malaysia membenarkannya berbuat demikian. Malaysiakini

Mas adalah National Carrier dan seluruh dunia kenal. Kenapa tidak boleh di bail-out? Adakah DAP lebih suka Mas hilang dari peta penerbangan supaya SIA yang juga sedang nazak boleh membolot semua laluan udara dari Asia Tenggara? Amalan bail-out adalah suatu amalan yang dilakukan oleh kebanyakan negara bagi menjaga Prestij; menjaga air muka. Cuma negara yang terlalu miskin atau negara bangkrap saja membiarkan simbol dan identiti negara terbenam. Atau adakah langkah bail-out kerajaan ini menutup pintu dan peluang tawkey2 untuk menguasai majoriti stake dalam syarikat baru yang menggantikan Mas?? Niat busuk anda can be detected a hundred miles away. Dan kepada Anwar yang kononnya kerajaan menzalimi 6k pekerja Mas yang akan diberhentikan; cadangkanlah plan alternatif bagi menyelamatkan Mas. Mengkritik siapa2 pun boleh, what we want to hear is if you are the PM, what are the alternative plan to save Mas and all the workers.
ReplyDelete