13/8/14
Abu Hassan Adam
Orang
putih kata,’ a friend in need is a friend indeed’. Sesuai untuk
ditujukan kepada YB Saari Sungip yang sanggup membuat keputusan
‘menentang arus’ ketika partinya sedang ‘berkira-kira’ untuk membuat
keputusan samada (mungkin!) untuk terus bersama Pakatan Rakyat ataupun
‘meninggalkan’ sahabat lama yang sedang ‘nazak’. Tindakan YB Saari
Sungip dari PAS membayangkan iltizam yang terlalu tinggi untuk terus
bersama-sama berjuang menyokong terus Pakatan Rakyat.
Memang
wajar bagi YB dari Ulu Kelang ini mengambil tindakan sedemikian
memandangkan ‘persahabatan’ yang telah terjalin antara PAS, DAP dan PKR
telah agak sekian lama terjalin dan tentulah amat sukar untuk menyatukan
semula jika berlaku sesuatu keadaan yang tidak diingini. Sebagaimana
yang dinyatakan beliau bahawa persoalan tentang siapa yang akan
menggantikan TS Khalid adalah merupakan ‘perkara kecil’ berbanding
dengan isu keruntuhan sebuah kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang
telah sekian lama dibina semenjak tahun 1998.
“I would
like to remind my colleagues in PAS that we have built this strength
from 1998... and we used it to bring fresh air to politics by creating a
two-party system. …So, why do we want to give up this strength? To
rebuild this will take another 20 to 30 years. We have gone through it”
(Malaysiakini 12 Ogos 2014)
Dan
perlu diingat oleh kepimpanan PAS secara umumnya, bahawa adalah amat
tidak rasional dan lojik sekiranya penanganan isu kemelut Selangor
dilihat melalui perspektif yang sempit. Harus diingat bahawa kelahiran
Pakatan Rakyat (PAS,DAP,PKR) telah menelurkan kesan yanga amat besar
kepada senario politik tanah air. PR yang telah melahirkan
sebenar-benarnya Bangsa Malaysia yang sudah mula memahami perasaan dan
aspirasi rakyat Malaysia yang sebenar. Rakyat Malaysia amat yakin bahawa
PR akan memulakan ‘kehidupan baru’ bagi rakyat Malaysia sekiranya
berjaya menawan Puterajaya. Bermakna rakyat telah meletakkan harapan
yang begitu tinggi kepada Pakatan Rakyat.
Kini
nampaknya harapan rakyat hampir berkecai dengan tercetusnya kemelut
Selangor ini apatah lagi sekiranya PAS sudah mula ‘goyang’ dengan
kedudukannya dalam Pakatan Rakyat. Dalam artikel berjodol, Presiden PAS
belum mahu beri kenyataan isu MB’ bertarikh 12 Ogos 2014 (Malaysiakini)
menyatakan bahawa, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang belum
berhasrat untuk membuat sebarang kenyataan berhubung isu Menteri Besar
Selangor, sehingga beliau menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS
Pusat, Ahad ini’
Apakah
‘muslihat’ pemimpin tertinggi PAS ini sehinggakan sanggup ‘mengenepikan’
hasrat ‘kawan’ yang betul-betul mengharapkan pertolongan dalam keadaan
saat-saat yang memerlukan pertolongan. Apakah pemimpin berkenaan ‘mahu
menahan lukah di pergentingan?’ atau sedang ‘menangguk di air keruh’.
Apakah kepimpinan PAS sudah melupakan ‘falsafah’ yang dipegang selama
ini bahawa sebarang masalah dapat diselesaikan melalui rundingan dan
‘akan bersetuju’ dengan isu-isu yang dipersetujukan disamping terus
merundingkan isu –isu yang tergantung ( yang belum sesuai untuk
diselesaikan’.
Bukan
semua pemimpin PAS yang bersikap demikian. Tidak. Ramai yang sudah
memahami senario politik Malaysia Kurun ke 21 disamping sedar tentang
perkembangan politik di dunia. Sudah ramai pemimpin PAS yang sudah
keluar dari ‘bawah tempurung’ dan mula ‘mengenali dunia’ yang penuh
dengan reality. Walau bagaimana pun masih terdapat segelintir pemimpin
PAS yang masih ‘bergelumang’ dalam ‘cocoon’ mereka yang tersendiri dan
seolah-olah menganggap bahawa ‘dunia’ mereka adalah yang paling ideal di
dunia ini.
Amat
tidak wajar rasanya apabila ada pemipin tertinggi PAS yang menawarkan
keahlian PAS kepada TS Khalid Ibrahim, sejurus selepas TS Khalid dipecat
daripada PKR. Apakah pemimpin berkenaan tidak tahu ‘adab’ dan
tatasusila dalam berparti terutama apabila mengaitkan parti kawan dalam
satu pakatan. Apakah pemmpin sedemikian tidak ada ‘empathy’ untuk
meletakkan dirinya di pihak yang bertentangan. Yang sedihnya ‘perlakuan’
sebegini dilakukan oleh ‘sekerat-dua’ pemimpin kanan dalam PAS.
Sedikit
sebanyak keadaan dan imej Pakatan Rakyat kini, sudah tercalar. Banyak
kenyataan-kenyataan yang dihamburkan oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab telah ‘mengecilkan hati’ banyak pihak. Bak kata pepatah
Melayu, ‘ apabila mata berpandangan, maka budi kedapatan’.
Rakyat
mula mempersoalkan kejujuran PAS dalam menangani isu kemelut Selangor
ini. Apakah kepimpinan PAS (sebahagian pemimpinnya) betul-betul jujur
untuk besama-sama dengan DAP dan PKR untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat
ataupun hanya menunggu peluang untuk ‘menangguk di air keruh’.
Apakah begitu keadaannya?
KERENGGA
abuhassanadam
No comments:
Post a Comment