- Che Yam (kiri) tidak melepaskan peluang bergambar dengan Aisyah (dua, kiri) yang turun berkempen di Pasar Tani Kampung Geting.
PENGKALAN KUBOR – Penyanyi Aisyah antara selebriti tanah air yang
datang ke Pengkalan Kubor untuk membantu calon Pas, Wan Rosdi Wan
Ibrahim berkempen dalam PRK Dun Pengkalan Kubor ini.
Aisyah atau nama sebenarnya Wan Aisyah Wan Ariffin meluang masa di sekitar Pasar Tani Kampung Geting untuk mengedarkan risalah kempen PR sempena PRK ini.
Kemunculannya itu turut merancakkan kempen yang hanya berbaki tiga hari lagi sebelum hari pengundian pada 25 September ini.
“Saya datang ke Pengkalan Kubor untuk bantu calon Pas, Wan Rosdi berkempen,” kata Aisyah ketika ditemui Sinar Harian di Pasar Tani Kampung Geting, sebentar tadi.
Lebih teruja apabila Aisyah yang popular dengan lagu Janji Manismu diserbu peminat untuk bergambar bersamanya.
Peminat, Che Yam Che Bakar, 49, berkata, dia teruja apabila dapat berjumpa dengan penyanyi Aisyah yang turun padang sempena PRK Dun Pengkalan Kubor ini.
“Saya bergambar dengannya sekadar meminatinya sebagai artis.
“Saya bukan pengundi di sini, datang di Kampung Geting ini kerana berniaga di pasar tani ini,” katanya.

No comments:
Post a Comment