10 Sep 2014
Siswa Universiti Malaya berarak bersama pensyarah undang-undang kampus
tersebut, Azmi Sharom bagi menuntut pemansuhan Akta Hasutan dan juga
membantah tuduhan ke atas ahli akademik tersebut.
Ratusan orang siswa itu berarak sejauh satu kilometer dari fakulti undang-undang ke satu kawasan perhimpunan, bermula jam 1 tengahari.
Para peserta yang memakai reben biru sebagai tanda solidariti dengan Azmi itu turut disertai oleh lima orang MP DAP.
Perhimpunan tersebut diketuai oleh presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya, Fahmi Ismail.
Azmi pada 2 September lalu didakwa di mahkamah mengikut Akta Hasutan atas dakwaan mengeluarkan kenyataan yang menghasut berhubung krisis perlembagaan di Perak.
Sementara itu satu kumpulan siswa di Universiti Sains Malaysia turut berhimpun di kampus berkenaan bagi tujuan sama. Malaysiakini

No comments:
Post a Comment