23 Sep 2014
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan yang terbaru akan
disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung ucapannya tiga tahun lalu.
Menurut penasihat undang-undang PKR, Latheefa Koya, ia berhubung ucapan Anwar di satu perhimpunan politik di Gombak pada 2011.
Menteri Besar Selangor yang baru dilantik, Azmin Ali juga telah disiasat berhubung isu yang sama.
"Kenyataan Azmin telah pun diambil pada tahun 2011, tetapi nampaknya seperti mereka (polis dan pihak berkuasa) membuka semula kes ini," katanya.
Latheefa berkata Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh, dijadualkan memberi kenyataan pada petang Jumaat di Ibu Pejabat PKR.
Peguam yang juga Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran, yang turut berdepan dengan dua tuduhan hasutan, akan menemani Anwar dalam rakaman kenyataannya.Malaysiakini

No comments:
Post a Comment