APEK tua ni hanyalah antara ribuan pengguna MRT setiap pagi di Singapura. Tak ramai yang cam atau kenal siapakah apek ini hinggalah baru-baru ini akhbar republik itu mendedahkan identitinya.
‘Apek’ yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah Lim Siong Guan. Lim
untuk pengetahuan anda adalah orang nombor satu di negara itu yang
ditugaskan untuk mentadbir pelaburan dan khazanah Singapura.
Jawatan yang
disandangnya adalah Group President of Singapore Sovereign Wealth Fund
GIC, atau kalau diterjemahkan ke Bahasa Melayu – Presiden Kumpulan
Pertubuhan Pelaburan Pemerintah Singapura.
Punyalah ‘humble’
dan ‘sempoy’ Lim ni, beg duit dia pun tak pernah berganti sejak 10 tahun
lalu, siap ada sticker yang cucu-cucunya lekat. Di pejabat, perkara ‘kecil’ seperti melekatkan setem pun akan dilakukannya sendiri tanpa mengharapkan budak pejabat.
Rutin kerja Lim
adalah – empat hari di Singapura, San Francisco, New York, London,
Singapura; dan empat hari lagi pusing Asia: Singapura, Mumbai, Tokyo,
Seoul, Beijing, Shanghai, Singapura.
Lim juga menolak
untuk diberikan limosin sesuai dengan kedudukannya, cukuplah sekadar
tuala kecil untuk dia membersihkan diri ketika berada di mana-mana
negara yang beliau singgah.
Berusia 67 tahun,
Lim digelar ‘Superman’ kerana kesungguhan beliau menjalankan
tanggungjawabnya walaupun sudah layak pencen dan duduk di rumah. Soalan
yang paling kerap beliau tanyakan pada pekerjanya adalah – ” Ada tak
perkara yang boleh saya bantu untuk membolehkan anda melakukan tugas
dengan lebih baik? ”
Agak-agak ada tak mana-mana CEO GLC kat Malaysia ni yang bersikap seperti mana yang ditunjukkan Lim?
No comments:
Post a Comment