Friday, September 05, 2014
Menurut The Malaysian Insider lagi, PAS menghantar tiga nama, dua daripada PKR dan seorang daripada
partinya sendiri sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu, lapor
lidah rasmi parti itu Harakahdaily. Menurut portal itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengesahkan
perkara itu tetapi tidak menyebut nama ketiga-tiga Ahli Dewan Undangan
Negeri (Adun) berkenaan.
"Buat masa ini nama tu biarlah dulu," katanya kepada Harakahdaily tetapi khabar angin mengatakan calon daripada PAS adalah Pesuruhjaya Selangor, Iskandar Abdul Samad.
Sementara itu, Malaysiakini melaporkan sebentar tadi..

- "Istana Selangor telah menegur PKR kerana "tidak mengikut" titah sultan dengan hanya mengemukakan nama tunggal bagi jawatan menteri besar, kata sumber dalaman parti itu."
Menurut Malaysiakini lagi, teguran itu dibuat melalui surat yang dihantar oleh istana kepada ibu pejabat PKR semalam.
"Ia (surat) itu untuk mengesahkan yang istana itu telah mendapat nama (Presiden PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon untuk jawatan MB, tetapi ia juga 'surat menegur parti itu' kerana tidak menghantar dua lagi nama," kata sumber itu lagi.
Kenyataan akhbar pertama selepas menerima surat dari istana, yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, telah ditarik balik. Bagaimanapun, ia tidak menyebut apa-apa mengenai teguran pihak istana tersebut.
Sebelum ini, pihak istana meminta Pakatan Rakyat menghantar lebih daripada dua nama untuk jawatan itu. Bagaimanapun, PKR dan DAP bertegas untuk hanya mencalonkan nama Wan Azizah, dengan alasan ianya selaras dengan konvensyen.
Kini, ada khabar angin yang lebih mengancam lagi mengatakan, "Sultan sedang menunggu untuk merestui calon PAS pula (sebelum ini Khalid Ibrahim dari PKR) sebagai MB Selangor yang baru."
Kalau ini terjadi, maka jelaslah jawatan MB Selangor yang baru adalah jatuh ke tangan Pesuruhjaya PAS Selangor, iaitu Iskandar Abdul Samad.

Khabar Angin macam Pus,Pus Kentut pun nak komen.
ReplyDelete