5 Sep 2014
Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini sebulat suara membatalkan
keputusan terbuka koroner dalam inkues kematian pembantu politik DAP,
Teoh Beng Hock.
Oleh kerana kepentingan kes itu, mahkamah telah menulis tiga penghakiman yang berasingan.
Hakim Datuk Mah Weng Kwai adalah yang pertama membaca penghakimannya. Dua lagi hakim yang bersidang bersama beliau dan yang juga akan membacakan keputusan mereka ialah Hakim Datuk Mohamad Ariff Md Yusof dan Hakim Datuk Hamid Sultan Abu Backer.
Hakim Mohamad Ariff mengetuai panel hakim tersebut.
Hakim Mah memutuskan bahawa majistret (yang bersidang sebagai koroner) dan Mahkamah Tinggi di Shah Alam, telah menggunapakai ujian yang salah yang memerlukan keluarga Teoh membuktikan dakwaan mereka (mengenai punca kematiannya) melampaui keraguan yang munasabah.
Ujian yang betul untuk digunapakai dalam siasatan kematian atau inkues adalah imbangan ujian kebarangkalian.
Hakim Mah memutuskan bahawa kematian Teoh adalah kematian dalam tahanan apabila dia ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Beliau memutuskan Teoh tidak sengaja jatuh dengan sendirinya dan dengan itu menolak bunuh diri sebagai punca kematian Teoh. Malaysiakini

No comments:
Post a Comment