Sunday, September 28, 2014

Bukan niat untuk keluar PR - Suhaizan

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Malaysia Suhaizan Kaiat mengingatkan semua pihak mengelak dari memulakan atau bertindakbalas terhadap kenyataan yang boleh meretakkan hubungan dalam Pakatan Rakyat (PR).

"Saya menasihatkan diri saya dan pimpinan PAS serta PR agar mengelakkan memulakan atau bertindakbalas terhadap kenyataan yang boleh meretakkan hubungan dalam PR.

"Seperti kenyataan "cerai" bagi pasangan suami isteri. Walaupun hukumnya harus tetapi Allah tidak suka perkara tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Naib Ketua Pemuda PAS, Ir Khairil Nizam Khiruddin berhubung keluar PR yang dilaporkan media.

Sambil menafikan laporan itu, Suhaizan berkata kenyataan Khairil itu bukanlah bertujuan untuk PAS keluar daripada PR.

"Niat beliau yang sebenar adalah untuk mengelakkan tekanan-tekanan kepada PAS sehingga PAS bertukar fikiran.

"Keadaan ini akan menghampakan rakyat Malaysia," katanya.

Kenyataan Khairil itu juga ujarnya turut dikeluarkan semasa muktamar Pemuda PAS Malaysia baru-baru ini, dan ianya tiada kaitan dengan krisis MB Selangor atau perlantikkan exco kerajaan Negeri Selangor.

Ekoran itu kata Suhaizan, beliau telah menghubungi Ketua DPSY Malaysia dan Ketua AMK Malaysia untuk mempertemukan Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia dan Ketua DAPSY Sarawak untuk menyelesaikan salah faham yang berlaku.

"Saya mempertegaskan bahawa Pemuda PAS tetap akan bersama dengan PR seperti diputuskan oleh muktamar 2008," tegasnya.

- HARAKAHDAILY 28/9/2014

No comments:

Post a Comment