Friday, September 19, 2014

Gadis Malaysia Mula Risau Gelombang GST 6% Terhadap Kos Perbelanjaan Berkahwin Naik!


berkahwin gst
Gadis Malaysia Mula Risau Gelombang GST 6% Terhadap Kos Perbelanjaan Berkahwin! : Satu belah pihak (termasuk ahli ekonomi, pemain industri) mengatakan dan menasihatkan kalangan muda-mudi yang merancang untuk berkeluarga supaya berkahwin segera iaitu sebelum 1 April 2015. Mengapa?

Dengan harapan anda yang belum berkahwin dapat mengelakkan sedikit sebanyak beban gelombang GST 6% bermula 1 April 2015. Dalilnya yang digunakan cukup mudah, jikalau dahulu hanya beberapa sektor, perkhidmatan dan barangan yang dikenakan SST tetapi dengan GST hampir keseluruhan barang dan perkhidmatan dikenakan GST kecuali…….

Gelombang GST 6% Terhadap Kos Perbelanjaan Berkahwin?

Tetapi, baru-baru ini Ahmad Maslan tampil memberikan jawapan balas melalui kemudahan Whatapps mengatakan selepas menjawab kerisauan seorang gadis yang merancang berkahwin tidak lama lagi :
Banyak barang seperti pakaian, perabut, barangan elektrik, kasut, alat solek dan lain-lain lagi sekarang ini ada 10% cukai jualan yang dikutip oleh Kastam di kilang-kilang berkaitan. Kilang tidak serap kos 10% itu & pindah kepada pemborong pindahkepada kita pengguna secara purata kesan 10% itu akan menjadi 18% dalam harga barangan yang ada. Itu tak baiknya sistem SST sales & Services Tas sekarang ini.
Jadi dengan GST Goods & Service Tax pula tiada dah 10% jadi 18% itu. Yang ada hanya 6% sahaja kepada pakaian, perabut, barangan elektrik untuk hiduo seharian termasuk kepada pengantin.
Seperti taklimat yang Berita Semasa hadiri sebelum ini, turut mengesahkan yang mana elektrik turut tidak masuk senarai dikecualikan GSY atau dikenali “zero rated” seperti mana nasib yang dialami tidak lama lagi (harga minyak petrol di sini) tetapi bersyarat :
  • Bil elektrik akan ada tambahan GST untuk 201KW dan ke atas
  • Contohnya, kegunaan elektrik di rumah anda 300kW untuk bulan ini. Oleh itu, 200kW pertama tiada GST, selebihnya akan dikenakan GST
Taklimat kastam yang dihadiri sebelum ini pun mengatakan harga barang akan naik tetapi menteri Ahmad Maslan masih lagi dengan kekal dengan cakap yang indah-indah sahaja menjelang GST.

Ya…memang betul 6% tetapi 6% di setiap peringkat. Jikalau pakaian benang 6%, jahit 6%, distributor 6%, dealer 6%, kedai 6%, sewa khemah 6%, servis makandam & pelamin 6%. Agak-agaknya apa yang berlaku pada masa itu?
Jikalau GST itu bagus dan membantu rakyat, mengapa adan apa perlunya barang-barang asas yang digembar-gemburkan mahu dikecualikan GST? Tidak baguskah GST tersebut jikalau terhadap barangan asas?

No comments:

Post a Comment