Saturday, September 6, 2014

Hadi: Tolak Wan Azizah kerana soal kebolehan

6 Sep 2014

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata tentangannya ke atas cadangan untuk mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai menteri baru Selangor bukan disebabkan faktor jantina.

Sebaliknya, ia berdasarkan faktor kebolehan presiden PKR tersebut, katanya dalam satu taklimat kepada sekumpulan penyokong parti di Marang semalam.

“Jadi yang sebenarnya, sebab kita tolak calon di Selangor itu kerana tak layak daripada awal-awal lagi, bukan dengan sebab dia perempuan, bukan dengan sebab itu.

“Tak boleh, tak mampu mengendalikan
pemerintahan kerajaan negeri Selangor. Ini memerlukan seorang yang kuat untuk jaga negeri Selangor.

“Itu yang sebenarnya, bukan dengan sebab dia perempuan,” kata Abdul Hadi lagi.

Rakaman video ucapannya dimuatkan di Youtube.
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment