Sunday, September 7, 2014

Kerajaan belum muktamad hapus Akta Hasutan. Pulak ?

sinarharian
Muhyiddin Yassin. - Foto Bernama 
  •  Muhyiddin Yassin. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, draf undang-undang untuk menggantikan Akta Hasutan yang dikemukakan oleh Majlis Peguam bukannya draf kerajaan.
   
Menegaskan perkara itu hari ini, Muhyiddin menasihatkan rakyat agar tidak terkeliru atau terpengaruh dengan cadangan yang dikemukakan itu kerana ia bukan draf undang-undang yang dimuktamadkan oleh kerajaan.
   
"Draf undang-undang kerajaan hanya dibuat oleh Jabatan Peguam Negara berpandu pandangan kabinet selepas mengambil kira pandangan semua pihak.
   
"Buat masa ini belum ada sebarang keputusan muktamad daripada kerajaan sama ada untuk menghapuskan akta itu dan diganti dengan akta baharu atau meminda akta sedia ada," katanya.
   
Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Batu. Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. - Bernama

No comments:

Post a Comment