- Nik Abduh Nik Abdul Aziz
(sinar) PAS ini, daripada awal penubuhannya lagi adalah parti
yang sering dibuli musuhnya. Dulu teruk dibuli. Kini pun teruknya Pas
dibuli oleh musuhnya tak habis-habis lagi.
Pembulinya kadang-kadang rakan-rakan mereka juga. Waktu susah Pas
diminta tolong. Waktu senang, Pas ditinggalkan, disalahkan dan dibuli.
Sebelum Pas ditubuhkan dulu, yang teruk dibuli adalah para ulama dan pejuang kemerdekaan.
Pembuli mereka adalah penjajah dan talibarut penjajah. Kelihatannya,
hal Pas dibuli ini ada kaitannya dengan sejarah lama kerana apa yang
dituntut oleh para pejuang kemerdekaan dulu, itulah yang dituntut oleh
Pas hari ini. Mereka daripada mata rantai yang sama.
Umno paling lama membuli Pas. Sejarah Umno buli Pas ini masih
bersambungan dan masih belum ada tanda mahu berakhir. Kerana itu, bila
nampak Umno macam nak berkawan dengan Pas, orang Pas memang susah nak
percaya.
Hari ini, selain Umno, PKR dan DAP mula nak buli Pas. Sehinggakan Pas
kelihatannya sekarang seperti terpinga-pinga tak tahu nak sentuh yang
mana satu. Semua macam tak menjadi.
Masih dalam PR pun, mereka membakar masyarakat dan penyokong PR agar
membenci Pas. Pas ni tak berapa 'ganas' mana agaknya. Dibuli pun dia
buat muka selamba je. Melawan pun macam tak melawan mana..
Itulah Pas, seperti orang miskin hidupnya, sentiasa menjadi mangsa buli.
Tetapi walaupun Pas dibuli sentiasa, Pas tetap hidup dan berjaya dalam
hidupnya. Pas memenangi banyak pilihan raya dan memerintah beberapa
negeri. Pas juga terus melebarkan pengaruhnya di mana-mana.
No comments:
Post a Comment