25/9/14
Oleh Rosliza Mohamed
Kota Bharu: “Saya pengsan seketika kerana terlalu terkejut melihat
lori pasir itu tiba-tiba meluru laju ke arah kedai makan bapa saudara,
Fauzi Yakob,” kata Zarifah Hasan, 45, menceritakan kejadian lori
merempuh kedai makan tempatnya bekerja di Kampung Dewan Beta, di sini,
semalam.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, 10 pelanggan yang sedang menjamu
selera lari lintang-pukang untuk menyelamatkan diri berikutan lori
dipandu lelaki berusia lingkungan 30-an gagal dikawal dan terbabas ke
kiri jalan sebelum merempuh kedai.
Difahamkan, brek kenderaan itu gagal berfungsi dengan baik menyebabkan pemandunya merempuh apa saja halangan di depannya.
Turut rosak teruk sebuah kereta Proton Iswara kepunyaan pemilik kedai dan motosikal Honda pelanggan.
Turut rosak teruk sebuah kereta Proton Iswara kepunyaan pemilik kedai dan motosikal Honda pelanggan.
KEADAAN lori yang merempuh sebuah kedai makan di Kampung Dewan Beta.
Menurut Zarifah, ketika kejadian dia sedang berdiri di depan kedai sambil melihat pelanggan sedang minum dan makan pagi.
No comments:
Post a Comment