25 Sep 2014
Seorang penganalisis politik menjangka bahawa menteri besar Selangor
yang baharu, Azmin Ali tidak akan mampu bertahan lama di kerusi itu
kerana tidak mendapat sokongan semua wakil rakyat Pakatan Rakyat.
Laporan Sinar Harian menyebut, pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Azmi Hassan meramalkan Azmin mungkin berdepan undi tidak percaya apabila sidang DUN bersidang pada November ini.
Jelasnya, majoriti ADUN Pakatan memusatkan sokongan pada presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
"Jadi dengan situasi semalam (kelmarin), walaupun Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan Azmin sebagai menteri besar baharu, saya yakin Wan Azizah atau ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan duduk diam.
"Mungkin boleh bertahan hingga November saja dan bila sidang DUN diadakan, kemungkinan besar ADUN akan membuat undi tidak percaya terhadap Azmin.
"Jika senario ini berlaku, Pakatan Rakyat juga harus disalahkan kerana suka membuat onar di Selangor," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.
Azmin mengangkat sumpah sebagai menteri besar Selangor ke-15 pada Selasa lalu dan beliau dijangka mengumumkan senarai exconya hari ini. Malaysiakini

Anwar pakar strategic dan ta sebodoh itu.Azmin akan kekal sekurang sampai pilihanraya akan datang
ReplyDelete