Thursday, September 25, 2014

Nasrudin Hassan diberi penghormatan lancar Proton Iriz

HARAKAHDAILY | .
TEMERLOH: Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan hari ini diberi penghormatan melancarkan produk terbaru keluaran Proton iaitu Proton Iriz di cawangan Proton Temerloh pagi ini.
Nasrudin dengan berjubah dan serban membuat pelancaran model kereta jenis kompak itu kira-kira jam 11.45 pagi ini dengan turut membacakan doa selamat.

Produk baru Proton yang berkonsepkan hatchback itu dilancar serentak seluruh negara hari ini.

Ia didatangkan dengan tiga varian iaitu Standard, Executive dan Premium, dalam tujuh warna.

Model Iriz itu berharga antara RM42,438 dan RM62,888.


- HARAKAHDAILY 25/9/2014

No comments:

Post a Comment