sinarharian
27 September 2014
GEORGETOWN - Pemimpin sepatutnya menerima dan mendengar setiap teguran
yang dibuat bagi memperbaiki kelemahan yang ada dan bukannya melenting.
Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Iszuree Ibrahim berkata, setiap pemimpin yang baik juga perlu bersedia mendengar teguran dan menerima cadangan yang dibuat orang bawahannya demi kepentingan rakyat.
“Kita menegur dan memberi cadangan, bukannya untuk keburukkan, tetapi untuk kepentingan rakyat. Jika itu tidak boleh diterima, susahlah.
“Bagi saya, pemimpin yang baik boleh menerima kritikan dan cadangan, bukannya bersikap bongkak dan angkuh seperti ini. Saya kesal kerana saya diambil tindakan kerana menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Iszuree berkata demikian ketika mengulas tindakan yang dikenakan ke atasnya selepas berucap di Muktamar Pas di Johor baru-baru ini.
Beliau dikeluarkan dari semua Jawatankuasa Tetap MPPP kerana didakwa menegur kepimpinan kerajaan negeri berhubung polisi perumahan di negeri ini dan membekukan semua peruntukan.
Menurutnya, apa yang diucapkannya dalam Muktamar Pas itu hanya cadangan bagi mengelakkan penduduk kampung di negeri ini ditindas oleh pemaju.
“Sebenarnya saya ulang semula apa yang terkandung dalam memorandum Pas negeri yang diserahkan sendiri Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Mohamad Sabu kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng pada majlis berbuka puasa anjuran Pas negeri Julai lalu.
“Melihat tiada tindakan yang diambil, maka saya mengulanginya semula dalam ucapan saya. Itu menunjukkan, kenyataan itu bukannya datang dari saya, malah dari parti. Tujuan saya mengulanginya semula adalah kerana ingin membela nasib penduduk kampung yang masih belum selesainya antaranya Kampung Selut, Kampung Ceti dan Kampung Mutiara,” katanya.
Mengimbas kembali ucapannya, Iszuree berkata, apa yang diucapnya itu hanyalah cadangan berhubung polisi perumahan yang digunakan kerajaan negeri ini yang tidak memihak kepada penduduk.
“Saya hanya ulang cadangan yang terkandung dalam memorandum, iaitu menukar polisi perumahan yang digunapakai kerajaan terdahulu kepada polisi baru yang lebih berpihak kepada penduduk. Jika lihat kini, semua urusan penjualan tanah kampung diarahkan kerajaan negeri supaya ianya dibuat diantara pemaju dan penduduk.
“Jika kes dibawa ke mahkamah, ia akan membuatkan penduduk tertindas dengan tawaran pampasan yang tidak setimpal. Cadangan itu adalah menukarkan polisi dari diberi wang pampasan kepada rumah digantikan dengan rumah. Itu sahaja. Saya tidak kritik dasar perumahan seperti yang dilaporkan,” katanya.
Menurutnya, cadangan itu juga meminta agar kerajaan negeri bertegas dalam meminta pemaju mengikut polisi perumahan baru bukannya menggunapakai polisi BN.

No comments:
Post a Comment