Monday, September 15, 2014

Perompak kantoi sebab kentut

15/9/14

Segamat: Seorang perompak yang bersembunyi di sebalik susunan tong gas ketika memecah masuk sebuah gudang di Paya Pulai di sini, kelmarin, berjaya ditahan polis.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 malam itu, suspek berusia 21 tahun memecah masuk sebuah gudang milik syarikat pembinaan bersama seorang rakannya sebelum kehadiran mereka dikesan sepasukan polis yang menjalankan rondaan.

Ketika itu, seorang daripada perompak berkenaan terus melarikan diri ke dalam semak manakala seorang suspek bersembunyi di sebalik susunan tong gas di dalam gudang itu.

Ketua Polis Daerah Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, pihaknya menerima laporan berlaku kejadian pecah masuk di gudang berkenaan dan bergegas ke lokasi bagi menjalankan siasatan awal.
FotoPELBAGAI barangan antaranya peralatan kimpalan dan beberapa unit tong gas yang cuba dilarikan dua lelaki.

“Apabila tiba di lokasi, anggota kami dapat melihat dua lelaki memasuki gudang itu dan terus menghampiri kawasan berkenaan.

“Anggota kami memperkenalkan diri dan meminta mereka menyerah sebelum salah seorang daripada mereka melarikan diri ke kawasan gelap berhampiran semak dan gagal dikesan.

“Anggota yang menjalankan pemeriksaan di dalam gudang itu menggunakan lampu suluh sebelum terdengar bunyi kentut dan terhidu bau busuk,” katanya.
myMetro

No comments:

Post a Comment