Monday, September 15, 2014

Rampasan Suara Keadilan: Pengarang dakwa terbitan SK tak berkala, tak perlu permit

15/9/14

 
  Ketua Pengarang Suara Keadilan Mohd Najib Hashim berkata akhbar itu merupakan penerbitan tidak berkala dan oleh itu lidah rasmi PKR itu tidak memerlukan permit.
"(Rampasan) tak seharusnya berlaku, nak kata tak ada permit, ia penerbitan tak berkala. Penerbitan tak berkala ini, tak perlukan mana-mana permit.
"Tapi kalau betul-betul KDN telus, ada tranformasi semua. Kena bagi permit. Mustahil PKR sebagai parti politik tak dapat guna hak terbitkan Suara Keadilan seperti parti lain," katanya kepada Malaysiakini.
Beliau mengulas tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas lebih 300 naskah akhbar itu keluaran bilangan 189 minggu lepas melibatkan kawasan sekitar Alor Setar, Kuala Kedah, Jitra, Pendang dan Kepala Batas.  
Akhbar itu antaranya mengetengahkan isu sekitar krisis menteri besar Selangor dengan laporan muka depan berjudul “Kekal satu nama, tidak berubah”.
Suara Keadilan beroperasi tanpa permit selepas KDN enggan menyambung lesen penerbitannya tahun lepas.
Akhbar itu antaranya pada 2010 didakwa menyiarkan dokumen yang dilindungi bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.
Mohd Najib mendakwa rampasan itu bukan pertama kali dalam masa terdekat ini apabila vendor memaklumkan kepadanya akhbar bilangan 187 dan 188 sebelum ini turut dirampas di Banting, Selangor dan Johor oleh KDN.
"Jalan penyelesaian dah dicari. Kita dah hantar surat dan minta jumpa semua. Zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) boleh bagi permit mengapa zaman transformasi Najib tak bagi permit," katanya. Malaysiakini

No comments:

Post a Comment