2/9/14
Noe, pemenang Miss Asia Pacific World 2014, mengatakan di sebuah sidang media hari ini dirinya tidak melakukan kesalahan, seperti dilansir stesyen televisyen ABC News, Selasa (2/9).
Dia membantah telah menerima pembedahan payudara, seperti dituduh David Kim, pengarah media untuk Miss Asia Pacific World, beralamat di Korea Selatan.
Dia mengatakan pembedahan itu disediakan secara gratis untuk membantu meningkatkan penampilannya menjadi layaknya bintang.
Kim mengatakan Noe telah kehilangan gelarannya kerana dia tidak jujur dan tidak menghargai penyelenggara pertandingan dan juga kerana dia menghilang dengan membawa tiara berhiaskan berlian yang sebelumnya diberikan pada dia ketika masih menjadi ratu cantik .
Noe mengatakan dia naik penerbangan dari Korea Selatan ke Myanmar tanpa menyedari gelarannya telah ditarik balik.okezone
No comments:
Post a Comment