Monday, September 1, 2014

Unit Amal: Kami sedia ke mahkamah, Suhaizan jawab Zahid

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat menyelar Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Unit Amal PAS.

Menurut Suhaizan, Unit Amal PAS hanya sebuah badan kebajikan dan bukan badan keselamatan seperti badan-badan yang lain.

" Tak boleh nak ambik tindakan, sebab Unit Amal bukan bukan badan keselamatan.

"Ia hanya sebuah badan kebajikan yang menjaga kebajikan ahli-ahli PAS dan kebajikan rakyat Malaysia yang ditimpa musibah melalui misi kemanusian yang mereka jalankan," kata beliau kepada Harakahdaily.

Zahid hari ini berkata beliau yakin Unit Amal PAS turut akan dikenakan tindakan yang sama seperti  156 anggota Pasukan Peronda Sukarelawan (PPS) Pulau Pinang yang ditahan semalam.

Zahid juga mendakwa beliau turut menerima laporan  bahawa terdapat anggota PPS yang melakukan tindakan yang melanggar Perlembagaan.

Ia termasuk memukul orang, dan melakukan tindakan-tindakan di luar perlembagaan dan seolah-olah mereka mengguna kuasa polis untuk mengugut orang.

Mengulas lanjut, Zuhaizan berkata Pemuda PAS bersedia ke mahkamah jika kerajaan mahu mengambil tindakan sama ke atas 'tentera merah' yang dinaungi mereka itu.

"Kita sedia lawan di mahkamah," katanya.

- HARAKAHDAILY 1/9/2014

No comments:

Post a Comment