Sunday, September 28, 2014

Zaidy dapat motivasi Presiden PAS

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Biarpun dihimpit di segenap penjuru, bermula isu perlantikan Menteri Besar Selangor sehingga kepada pengurangan jumlah kuota exco, PAS tetap meletakkan komitmen tinggi demi sebuah amanah.

Adun PAS Taman Templer  Zaidy Abdul Talib, muka baru yang dilantik sebagai exco berkata, beliau bersemangat untuk berkerja lebih-lebih lagi selepas mendapat motivasi dari Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Cukup terharu dan bersemangat bila mendapat doa dan kata-kata motivasi dari Tuan Guru Presiden atas takhlifan amanah ini.

"Terima kasih Tuan Guru," katanya dalam satu tulisan di Facebook yang turut memuat naik gambar beliau bersama Ustas Abdul Hadi.

Kelmarin, Menteri Besar baharu Mohamed Azmin Ali mengumumkan kuota exco PAS dikurangkan dari empat ke tiga.

Selain Zaidy, dua lagi Adun PAS yang dilantik semula sebagai exco adalah Iskandar Abdul Samad (Chempaka) dan Dr Ahmad Yunus Hairi.

Sementara itu, tinjauan Harakahdaily mendapati laman Facebook Zaidy turut dihujani ucapan tahniah yang tidak putus-putus daripada kenalan mahupun rakyat Selangor.

Ada diantara mesej mereka antara lain mahu beliau menjalankan tugas dengan baik dan sentiasa diberi kekuatan untuk menunaikan amanah di negeri yang terkaya ini.

- HARAKAHDAILY 28/9/2014

No comments:

Post a Comment