28/9/14
Oleh Gaddafi Musli dan Miorazlan Mior Kamarulbaid
Kuala Lumpur: “Nama adalah anugerah pertama yang diberikan ibu bapa
ketika dilahirkan, jadi untuk menghargai segala pengorbanan mereka, saya
mahu kekal menggunakan nama Cina walaupun sudah memeluk Islam.”
Itu luahan saudara baru, Ng Pooi Kheng, 24, atau nama panggilannya
Sophea Ng yang mengambil keputusan tidak menukar nama dalam kad
pengenalan seperti kelaziman saudara baru lain selepas memeluk Islam
pertengahan tahun lalu.
Katanya, ketika dia menyuarakan hasrat
untuk bergelar muslimah kepada ibunya, antara kerisauan yang
dibangkitkan adalah dia akan meninggalkan keluarga, menukar namanya dan
‘masuk Melayu’.
“Ibu menceritakan bagaimana sukarnya dia mencari
nama untuk saya ketika dilahirkan dan dia amat sedih apabila memikirkan
saya akan tukar nama setelah memeluk Islam,” kata jururawat berkenaan
yang ditemui selepas majlis perkahwinannya bersama seorang ahli farmasi,
Muhammad Zuhair Mokhtar di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
(FRIM), Kepong, hari ini.
Bagaimanapun, setelah merujuk kepada
guru agama dia dimaklumkan tiada syarat dalam Islam yang mewajibkan
saudara baru menukar nama, asalkan nama asal memberi maksud yang baik.
*Untuk berita penuh dan laporan video imbas dapatkan akhbar Metro Ahad esok.
SOPHEA dan suami serta ahli keluarganya. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
myMetro
myMetro
Tak salah pun. Orang melayu pun ramai guna nama melayu. Ctk
ReplyDeleteAlang pandak kulup jelita murni dan bagai bagai lagi.