KUALA LUMPUR:
Sekurang-kurangnya 30,000 pemilik hartanah Perbadanan Kemajuan Negeri
Selangor (PKNS) belum menyelesaikan urusan pindah milik hartanah mereka.
Sehubungan itu, Pengurus Besar PKNS, Azlan Md Alifiah menyeru semua
pemilik terlibat berbuat demikian sempena Program Pindah Milik Mega PKNS
yang berlangsung sehingga Januari tahun hadapan.
“Kita ingin pastikan setiap pemilik terlibat dapat hak milik mereka.
Ini bagi mengelakkan masalah yang lebih berat di kemudian hari,” ujarnya
dipetik Selangor Kini.
Beliau berkata, sekirannya pemilik meninggal dunia, ia akan memberi masalah kepada pewaris untuk menukar hak milik.
“Ia juga memberi masalah kepada cukai pintu dan cukai tanah,” katanya
pada sidang media selepas merasmikan Hari Mesra Pelanggan 2014 PKNS di
Shah Alam City Center (SACC) Mall, semalam.
Program Pindah Milik Mega 2014 bermula 18 Oktober lalu dan dijadualkan berakhir pada 15 Januari 2015.
Program tersebut diadakan di tiga lokasi berbeza iaitu di Kompleks
PKNS Shah Alam, Kompleks PKNS Bangi dan Kompleks PKNS Kota Damansara
sebagai kempen besar-besaran bagi memastikan urusan pindah milik
hartanah setiap pemilik diselesaikan.
No comments:
Post a Comment