Friday, October 31, 2014

Aniaya kawan hingga mati. 4 tentera dihukum penjara 25-45 tahun

Seoul - Mahkamah |Tentera Korea Selatan (Korsel) menyatakan empat tentera bersalah atas kes pembunuhan seorang tentera lainnya. Keempatnya dijatuhi hukuman 25-45 tahun penjara, kerana terbukti memukuli juniornya hingga mati.

Perajurit Yoon Seung-joo (20) meninggal pada April lalu, setelah mengalami tindak pemukulan dan penganiayaan oleh sejumlah seniornya. Seung-joo yang merupakan tentera wajib militer ini dipukul hampir setiap hari, selama lebih dari sebulan.

Kes ini memicu kejutan publik setempat dan berakhir pada mundurnya Komandan Tentera Korea Selatan. Demikian seperti dilansir Reuters, Khamis (30/10/2014).

Panel tiga hakim tentera  menjatuhkan hukuman beragam terhadap empat tentera  tersebut, mulai dari 25 tahun penjara hingga 45 tahun penjara. Pendakwaraya tentera telah mengajukan tuntutan mati bagi salah satu dari empat tentera tersebut, yang dianggap sebagai suspek utama.

Keempat tentera tersebut sama sekali tidak memberikan keterangan dalam perbicaraan, yang dijalankan hari ini 30/10. Peguam mereka juga enggan memberi komen  hukuman yang dijatuhkan. Dalam persidangan sebelumnya, keempat terdakwa menyatakan tidak berniat untuk membunuh Yoon.

Namun saksi  menyebutkan bahawa Yoon dipukul  dan tidak diberi makanan, serta dilarang tidur oleh para suspek dalam kes ini. Saksi  juga menyebut, para terdakwa memukul  dan menyeksa Yoon beberapa saat sebelum dia pengsan dan kemudian meninggal.

Sementara itu, keluarga Yoon marah mengetahui hukuman yang dijatuhkan lebih ringan dari tuntutan pendakwa. Mereka berusaha mendekati keempat terdakwa usai hukuman dibacakan, namun dicegah oleh polis  tentera.

sumber:detikNews

No comments:

Post a Comment