KUALA LUMPUR:
PAS meminta kerajaan menangguhkan semua pendakwaan berkaitan Akta
Hasutan sehingga akta baharu digubal bersesuaian dengan janji Perdana
Menteri untuk memansuhkan akta itu.
Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Md. Ramli, berkata penangguhan tersebut perlu bagi menunjukkan Malaysia benar-benar menghormati kebebasan rakyat untuk bersuara sebagaimana yang tertakluk di bawah perlembagaan.
"Pandangan dunia terhadap Malaysia dengan duduknya Malaysia dalam Majlis Keselamatan PBB adalah satu penghormatan. Dan kita sebagai negara yang dianggap majuseharusnya memberikan gambaran yang baik bahawa kebebasan bersuara, hak asasi manusia diberikan kepada rakyat," kata beliau ketika mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2015, di Dewan Rakyat, hari ini.
Tambah beliau, pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini yang menjanjikan untuk memansuhkan akta itu sangat menarik dan mendapat sokongan serta sambutan daripada rakyat.

Pada 11 Julai 2012, Najib mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan
dimansuhkan dan digantikan dengan akta baharu yang dikenali sebagai Akta
Keharmonian Nasional.
"Dengan adanya akta baharu ini, kita akan lebih bersedia untuk menguruskan tahap kesilapan negara. Ia juga akan membantu mengukuhkan dan melindungi perpaduan negara serta memupuk keharmonian agama," katanya pada majlis makan malam Jabatan Peguam Negara bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Namun, kata Dr Hatta belum pun Akta Keharmonian Nasional yang
dikatakan bakal menggantikan akta drakonian digubal, semakin banyak pula
kes-kes yang digunakan di bawah Akta Hasutan.
"Ini memberikan gambaran bahawa terdapat tekanan terhadap rakyat di negara ini melalui akta ini.
"Justeru, saya mencadangkan semua pendakwaan dihentikan kalau pun tidak ditarik, sementara menunggu rayuan terhadap kes tersebut dan sementara menunggu kelulusan akta yang baru yang telah dijanjikan Perdana Menteri," katanya yang juga Ketua Pengarah Pilihan raya PAS. - HARAKAHDAILY 30/10/2014

No comments:
Post a Comment