2/10/14
Oleh Azahar Hashim dan Zuliaty Zulkiffli
Kulim: Seorang remaja perempuan cedera selepas kaki kirinya ditembusi
besi konkrit sepanjang satu meter ketika membonceng motosikal di Bukit
Kukus, di sini, malam tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam menyebabkan bahagian bawah
buku lali pada kaki mangsa berusia 19 tahun mengalami pendarahan.
Difahamkan, mangsa dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Kulim untuk
rawatan, sebelum Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dipanggil
untuk bantuan.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi-Tech Mohd Faisol Shuaib berkata, sepasukan empat anggota dihantar ke Hospital Kulim untuk membantu memotong besi terbabit menggunakan pemotong hidraulik.

KAKI kiri ditembusi besi konkrit sepanjang satu meter FOTO ihsan Bomba
"Keadaan mangsa kini dilapor stabil dan diserahkan kepada pihak hospital untuk rawatan susulan," katanya.
Belum dapat dipastikan macam mana kejadian boleh berlaku. myMetro
No comments:
Post a Comment