11/10/14
Foto: copyright dailymail.co.uk
Bagaimana jadinya jika di dalam perut ada gumpalan rambut yang beratnya
mencapai 4 kg? Bahkan rambut anda yang sudah panjang tidak akan seberat
itu jika ditimbang. Namun inilah faktanya, pasukan doktor menemui gumpalan
rambut besar di dalam perut seorang gadis dan telah dikeluarkan
melalui operasi.
Suka Makan Rambut Selama Bertahun-Tahun
Ayperi
Alekseeva, seorang gadis berusia 18 tahun mengalami nyeri luar biasa
pada perutnya. Gadis yang berasal dari Kyrgyzstan ini akhirnya menemui
doktor untuk mengetahui apa yang salah di dalam perutnya. Tim doktor
sangat terkejut ketika menemukan gumpalan besar di dalam perut Ayperi.
Gadis itu akhirnya bercerita bahawa dia suka makan rambutnya sendiri dan
serat karpet selama bertahun-tahun, dilansir oleh Dailymail.co.uk.
Akibat
kebiasaan aneh itu, rambut yang dimakan Ayperi tetap bertahan di dalam perutnya kerana tidak boleh dicerna. Kerana kebiasaan itu sudah
bertahun-tahun, akhirnya rambut membentuk gumpalan yang memenuhi
lambungnya dan menyebabkan penyumbatan.
Doktor yang menangani
mengatakan bahawa jika tidak segera diangkat melalui pembedahan, maka
Ayperi boleh kehilangan nyawanya. Gumpalan yang sudah sangat besar itu
membuat Ayperi tidak boleh makan dan minum, sehingga akan membuat dirinya
mengalami malnutrisi, dehidrasi dan efek buruknya adalah kematian.
Akhirnya Ayperi bersedia dilakukan pembedahan pada perutnya.
Pembedahan kecemasan ini segera dilakukan oleh pasukan doktor. Mereka berhasil
mengeluarkan gumpalan rambut yang ketika ditimbang beratnya mencapai 4
kilogram. Mengerikan memang, tetapi beruntung benda asing itu dapat
segera dibuang sebelum menyebabkan hal buruk pada Ayperi.
"Orang
tuanya membawa gadis itu kerana mengalami penurunan berat badan dan
tidak dapat makan apa-apa," ujar Bahadir Bebezov, doktor bedah senior
dari rumah sakit tempat Ayperi dirawat. "Kondisi perutnya sangat parah
dan bengkak akibat gumpalan rambut dan potongan wool dari karpet yang
sering dia makan," lanjutnya.
Pihak rumah sakit mengatakan bahawa
selama 50 tahun terakhir, belum ada catatan perubatan yang mencatat
penemuan gumpalan rambut sebesar itu di tubuh seseorang. Sekarang Ayperi
masih dalam masa pemulihan dan dalam kondisi baik. Dia berjanji tidak
akan makan rambut dan karpet lagi agar tidak mengalami kejadian yang
sama.
sumber: Vemale.com
No comments:
Post a Comment