11/10/14
Oleh Bashah Zainol Abidin
Alor Setar: Kedah menamatkan kemarau aksi separuh akhir sejak tujuh
tahun lalu dengan membenam Kelantan 3-0 pada perlawanan suku akhir kedua
Piala Malaysia untuk layak dengan agregat 4-3 di Stadium Darulaman
malam tadi.Kedah yang beraksi di depan lebih 30,000 peminat setianya gagal
menguasai bahagian tengah pada awal permainan dan situasi itu membuka
peluang kepada Kelantan untuk mengatur serangan.
Hanya ketangkasan ketua pasukan Khairul Helmi Johari yang beraksi di
bahagian tengah pertahanan berjaya menggagalkan usaha The Red Warriors
(TRW).
Kedah turut mendapat beberapa peluang tetapi penyerangnya Billy Osman Mehmet dan Khyril Muhymeen Zambri kerap kali terlambat untuk menyambut hantaran rakan sepasukan mereka.
Kedah turut mendapat beberapa peluang tetapi penyerangnya Billy Osman Mehmet dan Khyril Muhymeen Zambri kerap kali terlambat untuk menyambut hantaran rakan sepasukan mereka.
PEMAIN Kedah meraikan kemenangan ke atas Kelantan.
Pada masa sama, pasukan pelawat yang turun berbekalkan modal 3-1 dari aksi pertama, begitu pantas mengatur serangan menerusi Francis Forkey Doe dan Fakri Saarani yang acap kali mencemaskan pintu gol Helang Merah.
Akhirnya, Stadium Darulaman bergegar apabila pemain tengah muda Kedah Hanif Dzahir manfaatkan hantaran tepat Mehmet dari sebelah kanan untuk menguis bola masuk melepasi jangkauan penjaga gol Kelantan dan juga kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-42.
Tiga minit pada separuh masa kedua Forkey Doe mengatasi perangkap ofsaid sebelum menewaskan pertahanan Khairul Helmi tetapi tendangannya ditolak keluar penjaga gol tuan rumah Saiful Amar Sudar.
Selepas kejutan Forkey Doe itu, barisan pemain Kedah seolah-olah terjaga dan kesilapan pemain pertahanan Kelantan pada minit ke-51 menghadiahkan bola ke kaki Baddrol Bahtiar yang percubaannya melepasi Khairul Fahmi menuju ke penjuru kanan gawang pelawat bagi tuan rumah mendahului 2-0 untuk agregat 2-2.
Pada minit ke-70 Fakri dilayangkan kad kuning kedua dan diarah keluar padang kerana mengasari pemain gantian Farhan Roslan. Keadaan itu menyaksikan Kelantan terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada baki 20 minit perlawanan. Pada minit ke-89 Adam Griffiths membuat umpanan cantik selepas beberapa percubaan sebelum itu disekat dan pemain gantian Syafiq Ahmad menyudahi gerakan bagi membolehkan Kedah mengukuhkan kedudukan untuk mendahului 3-0 dan agregat 4-3, sekali gus tempat di separuh akhir.
Bagi Kelantan, tiada siapa yang boleh dipersalahkan kecuali diri sendiri kerana membiarkan peluang mara ke separuh akhir terlepas daripada genggaman.
myMetro
No comments:
Post a Comment