DENGAN pelbagai ketidaktentuan, khasnya rakan
dagangan utama Cina yang menampakkan ekonomi yang mula perlahan dan
kesan akibat dasar Amerika untuk menamatkan dasar ‘Quantitatve Easing’
yang meninggalkan kesan buruk kepada ekonomi negara membangun. Begitu
juga kesan langsung konflik di Timur Tengah dan Ukraine-Rusia ke atas
harga minyak mentah.
Pencapaian pertumbuhan ekonomi 6.4% dalam suku kedua tahun ini selepas mencapai pertumbuhan 6.2% dalam suku pertamanya adalah agak terpencil apabila dibandingkan dengan rekod pencapaian ekonomi Barisan Nasional sepanjang perlaksanaan RMK10. Dalam tempoh itu, Barisan Nasional gagal mencapai sasaran yang mereka tetapkan sendiri yakni 6%. Pertumbuhan sepanjang 5 tahun lalu antara adalah di antara 4.5% hingga 5.5%.
Ramalan untuk setengah tahun terakhir 2014 juga dijangka tidak memberangsangkan terutamanya akibat penguatkuasaan GST pada April 2015 yang akan menjejaskan sentimen berbelanja pengguna. Ini sekaligus mengurangkan permintaan domestik.
Suka diingatkan faktor permintaan domestik dan faktor peningkatan eksport bertanggungjawab memacu pertumbuhan dalam dua suku pertama tahun 2014 ini. Dengan faktor sentimen pengguna yang dijangka terjejas dan faktor ekonomi serantau seperti di atas, adalah ramalan pertumbuhan 2014 akan berada di antara 5.5% ke 5.8% adalah munasabah.
Gambaran kedudukan ekonomi negara dapat diukur dengan prestasi harga Minyak Mentah Sawit (CPO) untuk enam bulan lalu. Pada September 2014, harga CPO terus menjunam ke paras serendah RM2,000 satu metrik ton. Penurunan sebegini memberi kesan yang sangat besar kepada ekonomi negara kerana sektor eksport CPO ini menjana RM80 bilion setahun dan melibatkan 400,000 pekerja. Dengan 113,000 peneroka Felda yang berkongsi hasil buah mereka, pendapatan mereka pastinya lebih terjejas. Dengan itu, permintaan domestik desa tentunya juga akan merosot.
baca seterusnya

No comments:
Post a Comment