Tuesday, October 21, 2014

Gara-gara kencing ketika tidur kanak-kanak ini dibunuh ayahnya

Selasa, 21 Oktober 2014
 
Mirror Warga desa Zhenxiong, China berkerumun di depan kediaman Tang Minghua yang membunuh anak kandungnya sendiri hanya kerana kanak-kanak itu kencing.

BEIJING,    Seorang lelaki asal Zhenxiong, provinsi Yunnan, China ditahan polis kerana membunuh anak kandungnya yang berusia sembilan tahun hanya kerana kencing malam.

Hidup Tang Minghua (39) sedang tidak terlalu baik. Akibat menganggur dan kerap mabuk, Minghua juga terpaksa  mengurus puteranya Kao setelah ditinggal isteri dan puterinya bersama lelaki lain.

Kao, yang kecewa kerana ditinggal bersama ayahnya dan merindukan ibunya, mulai kencing ketika tidur. Kebiasaan kencing  ini memicu kemarahan Minghua.

Dalam insiden terakhir, Minghua nampaknya sudah kehabisan kesabaran kerana Kao kembali kencing setelah mengatakan tidak mau pergi ke tandas. Mengetahui puteranya itu kencing, Minghual menyeret Kao keluar rumah dan menyuruh kanak-kanak itu buang air kecil.

Ketika  Kao tak juga buang air kecil seperti diperintahkannya, Minghua kemudian menikam leher puteranya itu. Setelah Kao meninggal, Minghua memotong kemaluan Kao dan kembali tidur.

Keesokan paginya, warga desa gempar melihat jasad Kao tergeletak di halaman rumah Minghua. Warga kemudian menghubungi polis yang teruss menangkap lelaki tersebut. Polis mendakwa Minghua melakukan pembunuhan namun lelaki tersebut menyalahkan isterinya atas tragedi yang menimpa Kao.
 
Editor : Ervan Hardoko
Sumber: Mirror/KOMPAS.com

No comments:

Post a Comment