Friday, October 17, 2014

Hina Islam, wanita Kristian ini dihukum gantung

17/10/14

Hina Islam, perempuan Kristen Pakistan dihukum gantung
Ketiga puteri Bibi bersama foto ibu mereka. ©Daily Mail
Asia Bibi, wanita Pakistan berusia 46 tahun, dijatuhkan hukuman gantung lantaran mengucapkan kalimat merendahkan Islam kepada tetangga muslim. Dalam mahkamah  permohonan rayuannya ditolak.

Pada 2010 dia bertengkar dengan tetangga dan rakan kerjanya kerana mereka tidak mau minum dari gelas yang diminum Bibi. Alasannya: sebab dia bukan muslim.

Dalam pertengkaran itu dia menghina Nabi Muhammad dan menjadi wanita pertama di Pakistan yang dikenakan pasal penghinaan agama, seperti dilansir surat khabar the Daily Mail, Jumaat (17/10).

Kes ini menjadi sorotan publik setelah dua ahli politik Pakistan yang mencuba membelanya di mahkamah mati dibunuh. Salah seorangnya oleh pengawalnya sendiri.

Dalam buku dia tulis setahun lalu berjudul "Penghinaan", Bibi mengisahkan kejadian yang membuat dia akan dihukum mati.

Dia bekerja sebagai pemetik buah di sebuah kebun di Provinsi Punjab bersama rakan-rakan kerjanya. Suatu hari pada siang dia kehausan di tengah panas terik dan minum dari sebuah sumur dengan sebuah gelas. Peristiwa itu terjadi pada 14 Jun  2009.

"Saya dihukum mati kerana saya kehausan dan memakai gelas yang sama dengan wanita muslim dan saya sebagai wanita Kristian dianggap sudah mencemari air sumur itu," kata Bibi.

Seorang pekerja perempuan muslim lalu memberitahu rakan-rakannya yang lain bahawa air sumur sudah tercemar sebab Bibi minum dari gelas mereka.

Setelah dipaksa masuk Islam oleh para pekerja muslim yang marah, dia membela diri dan melawan mereka.

Dia lalu lari ke rumahnya kerana dikejar orang ramai. Lima hari kemudian ketika dia bekerja di kebun yang sama dia diserang massa yang marah kerana dia menghina Nabi Muhammad. Dia juga dipaksa masuk Islam.

Dia menolak dan memohon ampun dengan mengatakan dia tidak menghina agama Islam. Bibi lalu dipukul sehingga dua polis  datang dan membawanya. Sejak hari itu dia ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara.
sumber: merdeka.com

No comments:

Post a Comment