KOTA BHARU:
Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Abdullah Ya'kub
melahirkan rasa kesal ada arahan melarang pelajar di bawah Jabatan
Pendidikan negeri (JPN) melarang mengikuti persidangan Dun.
Beliau berkata, arahan itu dianggapnya bersifat dangkal kerana Dun Kelantan mempunyai wakil pembangkang dan kerajaan.
"Saya difahamkan ada arahan mengenai larangan itu dibuat pihak JPN bagi menegah pelajar di sekolah kelolaannya hadir di persidangan Dun," katanya pada persidangan Dun hari ini.
Sebelum ini, banyak sekolah di bawah JPN, Yayasan Islam Kelantan dan institusi pengajian tinggi hadir bagi mengikuti persidangan Dun Kelantan.
Malah semalam dan kelmarin ada beberapa sekolah di bawah JPN hadir bersama guru pengiringi.
Kehadiran pelajar ke persidangan Dun bagi membolehkan mereka mengetahui perkembangan semasa di Kelantan.
Difahamkan arahan itu kononnya bagi mengelakkan pelajar terpengaruh dengan hujah-hujah penyokong kerajaan.
Abdullah berkata, tidak sepatutnya berlakunya dalam situasi demokrasi di Malaysia. - HARAKAHDAILY 15/10/2014

No comments:
Post a Comment