Thursday, October 23, 2014

Kanak-kanak ini diseksa dan Dibuang ke Jurang oleh ibu tiri

  23 Oktober 2014 
 
CEN/Mirror Ting Liang (30), menyeksa dan mencuoba membunuh Jen (7) setelah ayah kanak-kanak  itu merancang menceraikan dirinya.

BEIJING, KOMPAS.com — Seorang kanak-kanak lelaki, Jen, berusia tujuh tahun dipukul , dicekik, dan dibuang ke jurang oleh ibu tirinya. Sungguh ajaib, kanak-kanak itu, dapat bertahan hidup.

Kisah mennyedihkan yang terjadi di Wilayah Guishou, China, itu bermula  ketika Ting Liang (30), ibu tiri Jen, merancang membalas dendam terhadap   suaminya, Gang Jian (40), kerana merancang menceraikan dirinya.

Ting Liang memang merancang untuk membunuh Jen. Dia bahkan menjemput Jen di sekolahnya setelah beralasan harus membawa kanak-kanak itu ke doktor. Namun, Ting Liang malah membawa Jen ke kawasan Fengan, Wilayah Guishou, ke sebuah lombong  batubara yang sudah tak beroperasi.

Di tempat itulah Ting Liang memukul, menendang, melempari batu, dan mencekik Jen dengan menggunakan selendangnya. Setelah kanak-kanak itu tak bergerak, Ting Liang lalu melemparkannya ke sebuah lubang lombong dan meninggalkan kanak-kanak itu kerana menyangka bahawa Jen sudah mati.

Sementara itu di rumah, Gang Jian melapor kepda polis  setelah puteranya itu tidak   pulang dari sekolah meski hari sudah petang. Polis  yang melakukan penyiasatan kemudian mengetahui bahawa Jen meninggalkan sekolah setelah dijemput Ting Liang.

"Guru Besar mengatakan kepada kami, ibu tiri Jen menjemputnya dan ketika kami menyoalnya, wanita itu membantah sudah menjemput Jen," kata polis .

"Namun, ketika kami perlihatkan rakaman CCTV yang menampilkan dia sedang menggandeng kanak-kanak itu, maka dia mengakui perbuatannya," tambah polis .

Setelah isterinya itu ditahan polis , Gang Jian merasa sangat terkejut kerana tak menyangka wanita tersebut tergamak melakukan perbuatan keji seperti itu. "Dia selalu terlihat menyukai dan sesuai dengan Jen. Namun, dia dan saya memiliki masalah dan saya sedar kami tak mungkin mempertahankan pernikahan ini," ujar Gang Jian.

"Ketika saya katakan saya ingin menceraikannya, dia hanya terdiam dan meninggalkan rumah. Saya tak menyangka dia mampu melakukan hal seperti itu," tambah Gang Jian.

Setelah menahan Ting Liang, polis  kemudian mencari Jen dan menemuinya dalam kondisi lebam-lebam dan mengalami dehidrasi tiga hari setelah dia dibuang ke lubang lombong batubara.

Kini Jen dirawat di rumah sakit, sementara sang ibu tiri ditahan dan terancam hukuman penjara 15 tahun kerana penculikan dan perubaan pembunuhan.
Editor : Ervan Hardoko
Sumber: Mirror

No comments:

Post a Comment