Keadaan tenang di perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya menjadi kecoh
sekali lagi petang ini apabila kira-kira 15 orang dipercayai penyokong
Datuk Seri Anwar Ibrahim secara tiba-tiba cuba merempuh pagar
penghadang.Kejadian jam 2.25 petang itu terjadi ketika ramai penyokong sedang duduk sambil melihat persembahan nyanyian oleh kumpulan aktivis.
Kumpulan penyokong tersebut membaling beberapa biji telur yang terkena seorang anggota polis dan dua jurufoto yang berada dekat situ.
Salah seorang daripadanya ialah jurufoto NST, Mohamad Shahril Badri Saali.
Selepas itu, mereka cuba merempuh pagar penghadang tetapi ia berjaya dihalang oleh anggota polis.
Bagaimanapun keadaan kembali terkawal selepas kumpulan tersebut dileraikan oleh beberapa penyokong lain yang berada berhampiran mereka.
Selepas
kejadian itu, Ketua Polis Putrajaya ACP Abdul Razak Abdul
Majid mengarahkan supaya Polis Unit Rusuhan dalam keadaan bersedia.
Selepas
beberapa minit berunding, Abdul Razak membenarkan kesemua kira-kira 300
penyokong untuk duduk di bawah khemah berkenaan.
Ketika
ditemui pemberita, Abdul Razak berkata, beliau memberi kebenaran kepada
penyokong itu untuk berteduh atas dasar kemanusiaan.
"Kita benarkan mereka masuk atas dasar kemanusiaan," katanya ringkas.
Penyokong juga kelihatan santai dengan duduk di sekitar
perkarangan Istana Kehakiman sambil makan makanan yang dibeli daripada
gerai berhampiran.
Mereka juga sebelum itu menunaikan solat Zohor secara berjemaah dan membaca Yassin dan selawat beramai-ramai.
Malaysiakini 29/10/14
No comments:
Post a Comment