MACHANG - Enam beranak terpaksa tinggal di sebuah rumah usang yang
tidak mempunyai tandas dan bilik air sejak tujuh tahun lalu, akibat
desakan hidup.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, ruang dapur rumah keluarga berkenaan berlantaikan tanah dan lantai bahagian atas rumah juga reput serta membahayakan ahli keluarga itu terutamanya warga emas, Patmah Muda, 71.
Azizah Mohamad, 42 berkata, dia dan ahli keluarga lain termasuk ibu dan kakaknya yang juga orang kurang upaya (OKU) terpaksa bertahan tinggal di rumah usang itu, sekalipun berdepan pelbagai dugaan memandangkan mereka tiada tempat tinggal lain.
Katanya, setiap kali hujan lebat, mereka sekeluarga terpaksa berhimpit di ruang tamu rumah yang bocor.
“Dengan pendapatan sebagai tukang sapu, saya hanya mampu menyediakan makan minum untuk anak-anak dan keluarga. Saya terpaksa melupakan hasrat untuk membaik pulih rumah ini sekalipun sedar mengenai kepentingannya.
“Kami berharap sangat mendapat bantuan rumah demi kemudahan anak-anak, ibu dan kakak. Saya ada tanah peninggalan keluarga di Kampung Kerilla, Temangan, namun tidak mampu membuat rumah di sana,” katanya.
Keluarga terbabit tinggal di atas tanah rizab jalan sejak 2007 yang dibina bekas suami Azizah sebagai tempat tinggal.
Mereka juga terpaksa bergantung kepada air telaga dan mengangkutnya dengan jarak kira-kira 50 meter dari rumah.
Azizah berkata, struktur rumahnya juga turut dimakan anai-anai dan keadaan itu membahayakan semua ahli keluarganya jika runtuh dan sebagainya.
Katanya, dia bimbang keselamatan ahli keluarganya dan berharap kesusahan hidup mereka mendapat perhatian pihak berkenaan seterusnya membantu mereka membina sebuah rumah.
“Saya tidak tahu ke mana mahu mengadu, kami benar-benar memerlukan rumah yang selamat sebelum perkara buruk berlaku,” katanya.

No comments:
Post a Comment