7/10/14
Iguala (Mexico): Dua pembunuh upahan dari kumpulan penjenayah yang
mempunyai hubungan dengan polis semalam mengaku membunuh 17 daripada 43
pelajar kolej perguruan yang dilaporkan hilang di selatan Mexico.
Pelajar yang dibunuh itu dipercayai antara mayat yang yang ditemui di dalam kubur besar-besaran yang ditemui baru-baru ini.
Ketua pendakwa negeri Guerrero, Inaky Blanco berkata,
sekurang-kurangnya 15 hari diperlukan untuk mengenal pasti 28 mayat yang
ditemui di dalam kubur berkenaan.
Katanya, ada mayat yang rentung malah ada juga yang tinggal cebisan.
Kubur itu ditemui Sabtu lalu di atas bukit di Pueblo Viejo - kawasan
miskin Iguala - tempat pelajar yang hilang itu kali terakhir dilihat
pada malam 26 September lalu.
Menurut pihak berkuasa, kubur itu ditemui hasil soal siasat terhadap dua pembunuh upahan terbabit.
“Mayat mangsa diletakkan atas dahan kayu dan batang pokok sebelum bahan mudah bakar digunakan,” kata Blanco.
Pelajar terbabit dilaporkan hilang selepas polis perbandaran Iguala menembak bas yang membawa mereka.
Blanco berkata, kumpulan samseng Guerreros Unidos juga mengganas
malam itu sehingga mengakibatkan enam maut, 25 parah dan 43 hilang.
Walaupun pelajar terbabit dikatakan merampas bas berkenaan, Blanco
berkata pihaknya masih menyiasat motif sebenar serangan terhadap mereka.
Kes itu dilihat sebagai antara yang paling kejam di Mexico sejak perang dadah bertambah buruk pada 2006.
Setakat ini, 80,000 orang dilaporkan mati malah keadaan semakin teruk
sejak Presiden Enrique Pena Nieto dilantik Disember 2012.
Sementara itu, kelmarin, kumpulan besar ibu bapa dan pelajar dari kolej
perguruan dihadiri mangsa menunjukkan kemarahan mereka terhadap pihak
berkuasa dengan menghalang lebuh raya antara ibu negeri Guerrero,
Chilpancingo dan Acapulco.
Manuel Martinez, bapa seorang
daripada pelajar yang hilang itu berkata, dia dan ibu bapa ditunjukkan
gambar mayat namun tidak percaya itu anak mereka
myMetro
No comments:
Post a Comment