Sunday, October 19, 2014

Muay Thai Selamatkan Nyawa Kanak-kanak 10 Tahun

19/10/14

Bela Diri Muay Thai Selamatkan Nyawa Bocah 10 Tahun
ABERDEEN - Nyawa seorang kanak--kanak lelaki terselamat dari serangan sekumpulan kanak-kanak nakal setelah melawannya dengan ilmu bela diri Muay Thai. Kanak-kanak 10 tahun ini terselamat dari cedera parah kerana dia melindungi wajahnya dengan gerakan seni mempertahan  diri asal Thailand tersebut.
 
Seperti diberitakan Express, Sabtu (18/10/2014), mulanya Jamie Wood, diserang oleh 15 orang tak dikenali sehabis pulang dari sekolah bersama ketiga temannya. Nyawa Jamie,  selamat kerana dia menggunakan keterampilan Muay Thai yang baru empat minggu dia pelajari.
 
Wajah dan tubuhnya habis dipukuli oleh kumpulan anak-anak  nakal  tersebut. Namun, kanak-kanak asal Aberdeen, Skotland ini berhasil menghalangi bahagian depan tubuhnya dengan tangannya. Sehingga, dia tidak mengalami cedera yang serius.
 
Setelah kejadian tersebut, kanak-kanak malang itu dibawa ke Rumah Sakit Aberdeen Royal Infirmary dengan ambulans dan dia terus  melakukan rontgen. Dari hasil pemeriksaan, diketahui bahawa Jamie mengalami patah tulang.
 
Jamie mengatakan bahawa anggota geng itu memukul lima kali di wajahnya. “Mereka memukul saya lima kali di bahagian wajah. Kemudian mereka mulai menendang saya,” kata Jamie.
 
Polis  Aberdeen, berhasil meringkus para anggota geng yang terlibat pada kejadian menyeramkan Khamis malam tersebut. Menurut ibu Jamie, Natalie Wood, bahawa hobi baru anaknya telah menyelamatkannya dari bahaya serius.
 
“Anak saya beruntung masih hidup. Dia boleh saja terbunuh kerana satu pukulan atau tendangan ke kepala. Mereka seperti kawanan hewan yang siap memangsa,” ungkap Natalie.
 
“Muay Thai sangat membantu. Jamie ingat bahawa dia harus menutupi wajah jika diserang oleh seseorang. Itu adalah hal pertama yang diajarkan dalam seni bela diri Muay Thai,” jelas wanita 38 tahun ini.
 
Sebelumnya ada 30 remaja laki-laki yang terlihat sedang mengelilingi daerah tersebut dengan menggunakan  motorsikal . Salah satu kumpulan menantang temannya untuk berkelahi sebelum mereka bertemu dengan Jamie.
 
Diketahui, seni bela diri Muay Thai atau   disebut juga  tinju Thai, adalah salah satu sukan kebangsaan di Thailand. Seni bela diri ini dikembangkan oleh para anggota tentera selama perang di abad ke-17 sebelum bertempur memakai senjata yang canggih.
sumber:okezone.com

No comments:

Post a Comment