Sunday, October 19, 2014

Paksa Puterinya yang Masih 11 Tahun Berkahwin, Lelaki Pantai Gading Ditangkap

 
Gambar hiasan
Bouake - Seorang ayah di Pantai Gading, Afrika, ditangkap kerana memaksa puterinya berkahwin. Masalahnya, anak perempuan yang dinikahkan masih berusia 11 tahun.

Kanak-kanak perempuan tersebut dinikahkan dalam satu upacara pernikahan pada Khamis (16/10) waktu setempat. Kes ini terungkap setelah otoriti setempat mendapat maklumat dari sebuah organisasi atau NGO setempat.

Ayah kanak-kanak ini akan mulai dibicarakan di Mahkamah Pantai Gading pada Rabu (22/10) mendatang. Demikian disampaikan sumber kehakiman setempat, seperti dilansir AFP, Sabtu (18/10/2014).

Identiti suami kanak-kanak tersebut, yang ternyata diwakili oleh keluarganya, tidak diketahui pasti. Menurut sumber  polis  setempat, suami kanak-kanak  tersebut tidak akan ikut diadili.

"Merupakan keberuntungan bagi kami. Oleh sebuah NGO, kami diberitahu kes ini. Biasanya orang-orang enggan untuk melaporkan adanya pernikahan anak," terang sumber kehakiman setempat.

Namun demikian, sumber yang sama tidak menyebutkan lebih jelas, dakwaan yang dijeratkan kepada ayah kanak-kanak tersebut. Hanya disebutkan bahawa lelaki berusia 37 tahun tersebut merupakan ayah dari 2 anak. Kini, dia ditahan di Bouake, kota terbesar kedua di Pantai Gading.

Mengahwinkan anak yang masih di bawah umur di Pantai Gading sebenarnya bukan hal tak biasa. Menurut laporan UNICEF, sedikitnya 12 peratus warga Pantai Gading berkahwin sebelum mereka mencapai usia 15 tahun dan sekitar 36 peratus mengaku berkahwin sebelum mencapai usia 18 tahun.

Sebahagian orang tua di Pantai Gading mengahwinkan puteri mereka yang masih di bawah umur, bahkan masih anak-anak, untuk mencegah stigma hamil di luar nikah.
sumber:detikNews 18/10/14

No comments:

Post a Comment