2/10/14
Oleh Siti A’isyah Sukaimi
Sepang: “Saya tidak sabar menunaikan solat sunat Aidiladha bersama
anak-anak pada Ahad ini. Ketika Aidilfitri lalu kami tidak menyambutnya
bersama dan kali ini saya akan ‘menebusnya’ kembali,” kata Shalwati
Norshal, 46, menceritakan perasaannya sebaik tiba di tanah air, semalam.
Shalwati dibebaskan dari Penjara Hinseberg di Frovi, Sweden Isnin lalu atas kesalahan mendera dan mengasari anaknya.
Menurutnya, walaupun dia ada menghubungi empat anaknya sebaik keluar
dari penjara, perbualan itu singkat serta tidak banyak perkara boleh
dibualkan.
“Semalam (kelmarin) saya hubungi mereka (anak) dan beritahu kita akan berjumpa esok (semalam).
“Semalam (kelmarin) saya hubungi mereka (anak) dan beritahu kita akan berjumpa esok (semalam).
SHALWATI memeluk erat keempat-empat anaknya sambil disaksikan Azizul.
“Mereka menangis dan kelihatan sedikit kaku ketika itu. Mungkin mereka malu memandangkan pada waktu itu, ada petugas media,” katanya pada sidang media sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Sweden di sini, semalam.myMetro
No comments:
Post a Comment