sinarharian
12 Oktober 2014
SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) perlu
membuat perangkaan semula agar pembayaran balik pinjaman tidak
membebankan peminjam.
Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Mohammad Fazril Mohd Saleh berkata, pihaknya menyambut baik tindakan PTPTN yang masih memberikan peluang kepada peminjam yang gagal menjelaskan pinjaman, sebelum nama mereka disenaraikan dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS).
“Kita raikan perkara itu kerana mereka beri peluang dan ruang kepada peminjam untuk membuat pembayaran sebelum disenaraikan dalam CCRIS.
“Bagaimanapun, pada masa yang sama mereka perlu ada satu mekanisme atau perangkaan semula supaya pembayaran balik tidak membebankan siswazah selepas mereka habis belajar,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, rata-rata siswazah yang tamat belajar, lambat mendapat pekerjaan, malah ramai juga yang menganggur.
“Pembayaran balik perlu dibuat dalam tempoh enam bulan selepas tamat belajar dan jika siswazah gagal mendapat pekerjaan dalam tempoh itu, ia memberi bebanan kepada mereka,” katanya.
Katanya, kerajaan perlu melihat perkara-perkara sebegitu kerana kebanyakan peminjam bukan tidak mahu menjelaskan pinjaman tetapi gagal berbuat demikian kerana tidak berkemampuan.
Mengulas berhubung kenyataan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh yang mengatakan ada antara kumpulan peminjam PTPTN yang tidak menjelaskan bayaran tetapi dikenal pasti bergaji lumayan, Mohammad Fazril berkata pihaknya tidak mempunyai maklumat
berkaitan perkara itu.
“Jika apa yang diperkatakan benar, kita minta data atau maklumat kumpulan peminjam PTPTN itu didedahkan.
“Bagaimanapun jika perkara itu memang sahih, PTPTN boleh senarai hitam nama mereka kerana sudah jelas mereka berkemampuan tetapi mengelak untuk membuat bayaran balik,” katanya.
Idris sebelum ini mengumumkan seramai 170,000 peminjam PTPTN yang dikesan masih gagal menjelaskan pinjaman akan diberi peluang, sebelum nama mereka disenaraikan dalam CCRIS.
Idris berkata, peminjam yang terlibat adalah dalam kalangan mereka yang tidak pernah membayar sesen pun kepada PTPTN selama tiga tahun dan peluang itu diberi dalam tempoh tiga bulan selepas pelaksanaan tindakan CCRIS yang bakal diumumkan dalam tempoh terdekat.

No comments:
Post a Comment