KERENGGA
MOHAMED HANIPA MAIDIN
Saya
ditanya oleh Sasterawan Negara, Pak Samad Said di kantin Mahkamah
tentang peluang Anwar dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan. Saya jawab
agak sukar untuk diramalkan. Secara berjenaka saya kata kepada Pak Samad
mungkin Anwar akan dibebaskan kerana seluar dalam Saiful dan saya
jelaskan kepada beliau mengapa saya berpendapat begitu. Setelah
mendengar ulasan saya, Pak Samad secara berjenaka berkata " nampaknya
seluar dalam Saiful boleh menjadi alibi Anwar !
Saya
akan jelaskan di sini mengapa seluar dalam Saiful tidak mustahil boleh
membebaskan Anwar. Bagaimanapun sebelum itu saya ingin berkongsi dengan
pembaca antara intipati hujah para peguam Anwar dalam rayuan ini. Banyak
isu yang dibangkitkan oleh para peguambela Anwar namun saya akan
berkongsi hanya beberapa isu yang dibangkitkan.Kita tahu Anwar dituduh
melakukan sodomi ke atas Saiful dan bagi pertuduhan sodomi , sepertimana
tuduhan dalam kes rogol, pendakwa perlu buktikan elemen paling penting
iaitu tusukan ( penetration ) ke dalam anus Saiful.
Peguam
Anwar berhujah mahkamah rayuan tersilap apabila mengatakan pendakwa
telah berjaya membuktikan tusukan dalam keadaan keterangan yang
dikemukakan oleh pendakwa penuh dengan aneka keraguan. Antaranya peguam
Anwar berhujah Saiful mengatakan dia diliwat secara kasar dan
menyakitkan dalam keadaan dikatakan jelly KY digunakan. Ini suatu yang
tidak munasabah.
Peguam
juga berhujah bagaimanakah dalam keadaan Saiful menyatakan dia diliwat
secara kasar dan menyakitkan tapi tidak ada sebarang atau sedikitpun
kecederaan atau koyakan kepada anus beliau di mana fakta tersebut diakui
oleh semua doktor yang melakukan pemeriksaan fizikal ke atas anus
beliau. Semua tahu 4 orang doktor , satu dari Pusrawi dan 3 dari
Hospital Kuala Lumpur telah memeriksa Saiful.
Peguam
Anwar juga berhujah wujudnya percanggahan keterangan Saiful semasa di
Mahkamah dan keterangan beliau kepada Pegawai Penyiasat, Jude Pareira
dan doktor di mana di Mahkamah beliau katakan beliau diliwat selama 5
minit manakala dalam keterangannya kepada Jude Pariera dan doktor beliau
memberitahu ia diliwat selama 30 minit. Jika sekalipun diandaikan benar
Saiful diliwat secara kasar dan menyakitkan selama 30 minit mengapakah
tiada kecederaan atau koyakan ke atas anus Saiful.
Peguam
Anwar juga berhujah yang lebih pelik lagi meskipun Saiful menyatakan dia
telah diliwat dengan secara kasar dan menyakitkan dan tanpa kerelaannya
namun sehari selepas tarikh kejadian yang dikatakan itu beliau masih
boleh berada di rumah Anwar. Peguam tunjukkan kepada Mahkamah gambar
Saiful di rumah Anwar dalam keadaan wajah , menurut peguam, yang tidak
menunjukkan beliau adalah mangsa liwat !
Sebagai
peguam yang ada pengalaman mengendalikan kes rogol saya rasa mana mana
peguam atau orang awam sekalipun pasti akan rasa aneh jika seorang
mangsa yang dikatakan diliwat atau dirogol tanpa kerelaannya masih boleh
hadir ke rumah peliwat atau perogol tersebut apatah lagi sehari selepas
kejadian. Apapun kita lihatlah nanti bagaimana Mahkamah Persekutuan
menilai dan memutuskan hujah peguam Anwar tersebut.
Mengenai
hujah tentang seluar dalam Saiful peguam Anwar berhujah begini. Bagi
membuktikan Anwar meliwat Saiful pendakwa mengemukakan dua seluar dalam
yang dipakai oleh Saiful di mana kedua dua seluar dalam itu ditandakan
sebagai eksibit P14 dan P15. Eksibit P14 merujuk kepada seluar dalam
yang dipakai oleh Saiful semasa hari kejadian iaitu hari yang Saiful
katakan Anwar meliwat beliau.
P15 pula
merujuk kepada seluar dalam yang dipakai oleh Saiful semasa beliau
membuat laporan polis iaitu tarikh yang berbeza dengan tarikh kejadian.
Maknanya seluar dalam yang dipakai semasa hari kejadian dan hari Saiful
membuat laporan polis adalah dua seluat dalam yang berbeza.
Peguam
Anwar berhujah jika benar Anwar meliwat Saiful sudah tentu ada kesan air
mani di seluar dalam yang dipakai oleh Saiful di eksibit P14 iaitu
dipakai masa hari kejadian.Tapi seluar dalam di P14 , menurut peguam
Anwar, telah dibasuh oleh ibu tunang Saiful. Oleh itu menurut peguam
Anwar P14 secara forensiknya tidak berguna ( forensically useless )
kerana sebarang kesan air mani, jika ada, akan hilang kerana bahan bukti
telah dibasuh !
Yang
lebih pelik hujah peguam Anwar seluar dalam yang dipakai Saiful semasa
beliau membuat laporan polis iaitu P15 tiba tiba mengandungi kesan air
mani !
Peguam
Anwar berhujah bagaimanakah Anwar boleh disabitkan melakukan liwat ke
atas Saiful berdasarkan kesan air mani yang terdapat di seluar dalam
yang dipakai di hari yang bukan hari kejadian !!!
Adakah
Anwar akan dibebaskan kerana misteri keterangan seluar dalam Saiful kita
sama samalah tunggu dan lihat nanti apabila Mahkamah memberikan
keputusannya nanti.
*Penulis adalah Ahli Parlimen Sepang yang juga pengamal undang-undang
No comments:
Post a Comment