Kor Ming  
  • Kor Ming
IPOH - Isu penyebaran gambar​ mirip Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan bekas calon PRK Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud bukan menjadi isu lagi memandangkan ia adalah gambar palsu, kata Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming.
Menurutnya, penafian juga telah dilakukan kepada kedua-dua pihak jadi hanya membazir masa untuk siasatan atau tindakan dilakukan malah keadaan ini langsung tidak menjejaskan imej DAP.

“Sekiranya masyarakat memberi tumpuan pada isu ini, ia seakan memberi dorongan kepada orang lain untuk menggunakan cara yang sama bagi mencemarkan nama seseorang,” katanya.

Kelmarin, penyebaran gambar intim mirip Zairil dan Dyana Sofya menjadi viral dalam media sosial sejak awal pagi kelmarin.

Bagaimanapun, kedua-dua pihak telah menafikan hal berkenaan.