sinarharian
KUALA LUMPUR - Sebanyak 81 pegawai perkhidmatan awam didapati bersalah
di bawah tindakan punitif yang melibatkan kesalahan tatatertib dan
surcaj sejak 2012 sehingga 3 Oktober lepas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, antara hukuman yang dijatuhkan kepada pegawai yang didapati bersalah adalah seorang pegawai dibuang kerja, 29 pegawai dikenakan surcaj manakala 12 pegawai dikenakan surcaj dan amaran dengan nilai keseluruhan berjumlah RM86,767.85.
"Surcaj dikutip secara terus daripada pegawai melalui pemotongan emolumen dan hukuman amaran menyebabkan pegawai berkenaan tidak dipertimbangkan kenaikan pangkat bagi tempoh 12 bulan," katanya ketika menjawab soalan Datuk Wira Othman Abdul (BN-Pendang) dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Othman ingin tahu berapakah jumlah tindakan dan jenis tindakan yang telah diambil ke atas kakitangan kerajaan yang melakukan kesalahan seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.
Dalam pada itu Shahidan memberitahu seorang pegawai telah dijatuhkan dua hukuman serentak iaitu amaran ditangguhkan pergerakan gaji maksimum 12 bulan dan tidak dipertimbangkan kenaikan pangkat bagi tempoh 30 bulan. Katanya dua pegawai pula dijatuhkan hukuman tangguh pergerakan gaji maksimum 12 bulan di samping tidak dipertimbangkan kenaikan pangkat bagi tempoh 30 bulan.
Selain itu, Shahidan berkata, dua pegawai dijatuhkan hukuman denda iaitu pemotongan maksimum tujuh hari emolumen di samping tidak dipertimbangkan kenaikan pangkat bagi tempoh 18 bulan.
"Manakala 34 pegawai lagi dijatuhkan hukumam amaran menyebabkan mereka tidak dipertimbangkan kenaikan pangkat bagi tempoh 12 bulan," katanya. - Bernama

No comments:
Post a Comment