Monday, November 24, 2014

DAP gesa PM tak sekat bahas 1MDB

23 Nov 2014
Lim Kit Siang menggesa perdana menteri tidak menyekat perbahasan parlimen berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap anggota parlimen DAP yang membangkitkannya.

Lim, ketua anggota parlimen DAP, berharap ancaman saman Datuk Seri Najib Razak tidak digunakan terhadap anggota parlimennya Tony Pua (kanan) untuk “menyekat soalan umum berhubung sebarang aspek 1MDB”.

“Najib tidak patut menghukum pembawa khabar hanya kerana mesej Tony yang menggesa ke arah kebertanggungjawaban dan ketelusan penuh berhubung skandal 1MDB,” katanya.

Lim juga menyenaraikan tiga “urusan tidak selesai” yang perlu ditangani Najib sebelum berakhirnya sidang parlimen untuk tahun ini.

Pertata, kata Lim, adalah pembentangan laporan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung pendatang haram Sabah, yang sudah selesai tetapi dijangka tidak dibentangkan sehinggalah bulan depan.

Jika itu berlaku, kata Lim lagi, ia tidak dapat diteliti dan dibahaskan di parlimen.
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment