31 Oct 2014
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan bahawa
penggantinya, Datuk Seri Najib Razak tidak perlu bimbang kerana beliau
tidak akan kembali mengambil alih pentadbiran negara.
Mahathir berkata demikian ketika menjawab satu pertanyaan dalam Forum Islam Antarabangsa di Putrajaya pagi ini.
Soalan itu diajukan oleh seorang ahli perniagaan yang berpendapat bahawa Malaysia akan kembali menjadi negara Islam utama sekiranya Mahathir masih mengetuai pentadbiran negara.
Beliau bertanya, apakah yang akan dilakukan oleh Mahathir untuk memimpin orang Islam sekiranya masih menjadi perdana menteri.
"Saya tidak akan menjadi perdana menteri pengganti,” kata Mahathir yang sering menimbulkan kritikan keras ke atas dasar Najib.
"Jadi, perdana menteri (Najib) tidak perlu bimbang,” katanya yang disambut dengan gelak ketawa oleh para peserta.
Dengan nada yang lebih serius, Mahathir menambah beliau akan mendidik nilai moral dan Islam di sekolah sekiranya masih menjadi perdana menteri.
"Jika saya masih jadi PM, saya mahu ajar moral dan nilai Islam di sekolah supaya anak-anak tidak menjadi mat rempit,” katanya.

Malaysiakini
No comments:
Post a Comment