Saturday, November 1, 2014

Kanak-kanak 4 tahun tembak mati jirannya

 
Gambar hiasan
New Jersey - Seorang lelaki di New Jersey, Amerika Syarikat dibicarakan setelah puteranya menembak mati jirannya. Kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun tersebut menemui senapang   ayahnya dan tak sengaja melepas tembakan ke arah orang lain.

Anthony Senatore (35) didakwa membahayakan keselamatan kanak-kanak dengan tidak menyimpan senjata secara selamat. Dalam perbicaraan, Senatore mengakui bersalah atas dakwaan yang dijeratkan kepadanya.

Pernyataan dari  pejabat pendakwa 31/10/14), menyebutkan bahawa Senatore dituntut 3 tahun penjara sesuai dengan kesepakatan pembelaan.

Insiden maut ini terjadi pada 8 April 2013 lalu, ketika putera Senatore menemui senapana kaliber .22 yang berisi peluru, di dalam kamar sang ayah.

Dengan senapang itu, putera Senatore menembak jirannya, Brandon Holt yang masih berusia 6 tahun ketika keduanya bermain. Tembakan tersebut mengenai bahagian kepala Holt dan  menyebabkan anak laki-laki tersebut meninggal keesokan harinya di rumah sakit.

Hasil penyiasatan polis menunjukkan, Senatore bertanggung jawab atas tindakan puteranya tersebut. Terlebih, polis menemui ada lima senjata lainnya yang tidak disimpan dengan selamat dan mudah dijangkau anak-anak.

Sidang pembacaan hukuman kes ini akan dibacakan pada 5 Februari akan datang.
sumber:detikNews 31/10/14

No comments:

Post a Comment