WASHINGTON: Seorang
lelaki dari Virginia Barat ditangkap kerana menyeksa isterinya,
menjadikannya hamba dan tebusan dengan merantainya selama hampir 10
tahun.
Menurut
media tempatan, pegawai di Jackson County menuduh Peter Lizon bertindak
jahat selepas isterinya muncul di sebuah pusat perlindungan dengan
parut pada pergelangan tangan dan kaki akibat dirantai baru-baru ini.
Lizon, 37, juga didakwa memukul kaki isterinya dengan peralatan
pertanian.
Dia memanggil isterinya, Stephanie, 43, ‘hamba’ dan memaksa wanita itu melutut setiap kali dia memasuki bilik.
Stephanie
mengalami kecederaan serius pada seluruh tubuhnya, dari melecur teruk
pada dada dan belakang badan akibat ditekap dengan besi dan kuali panas
sehingga patah jari dan berparut, menurut tuduhan jenayah yang difailkan
oleh seorang wanita yang menemui mangsa di pusat perlindungan itu.
Wanita itu juga mendakwa Lizon memukul isterinya di perut ketika dia
mengandung, menyebabkan mangsa keguguran sebelum lelaki itu menanam
mayat janin yang sudah membesar menjadi bayi di ladangnya.
Stephanie
juga dipaksa melahirkan seorang lagi anak sambil dia dirantai. Dia
dan anaknya tidak pernah menerima rawatan perubatan sejak itu.
Bagaimanapun,
peguam Lizon, Shawn Bayliss menolak dakwaan itu dengan memberitahu
stesen televisyen WSAZ, keguguran yang dialami Stephanie berpunca
daripada kemalangan jalan raya. Menurutnya, wanita yang memfailkan
tuduhan itu mengalami masalah mental dan berkata, Stephanie tetap
mempertahankan suaminya.
Namun
Peter Lizon dilepaskan atas dakwaan melakukan penderaan terhadap
isterinya apabila isterinya menolak semua dakwaan kekerasan yang
dilakukan suaminya terhadapnya di mahkamah. – AP
No comments:
Post a Comment